Oleh: Akmal Manaf
Demi memastikan murid dapat menuntut ilmu dalam suasana yang selesa, KEADILAN Kuantan telah menyumbangkan 100 buah kipas berserta enam pendingin hawa kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Soi, di bawah Parlimen Kuantan.
Menurut satu kenyataan, sumbangan tersebut diserahkan Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi kepada Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Junaidi Othman, di pejabat KEADILAN, baru-baru ini.
"Fakhrul memaklumkan, ini merupakan inisiatif dengan warga korporat untuk membantu pihak sekolah agar dapat memastikan pembelajaran berlaku dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.
"Sebelum ini kekurangan kipas di dalam bilik darjah menyebabkan suasana panas ketika pembelajaran berlangsung.
"Bagi Junaidi, inisiatif berkenaan sangat membantu guru-guru dan murid-murid semasa pembelajaran dan dapatkan meningkat tumpuan murid ketika di dalam kelas.
"Beliau menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan yang amat bermakna itu," kata kenyataan itu.
Guru Besar sekolah berkenaan, Abdullah Pani Abdul Latif berkata, kerjasama pihak KEADILAN Kuantan amat dihargai termasuk bantuan-bantuan lain yang telah disumbangkan sebelum ini antaranya program pengukuhan Matematik dan Sains yang telah dianjurkan bersama.
Menurut beliau lagi, sekolah yang berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur, Parlimen Kuantan itu berlangsung dua sesi iaitu pagi dan petang melibatkan lebih 1,500 murid dan lebih 80 guru.
Comments