![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_a8343ac827154345b3a33bbe0211c2aa~mv2.jpeg/v1/fill/w_660,h_494,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_a8343ac827154345b3a33bbe0211c2aa~mv2.jpeg)
KEADILAN Cabang Kota Kinabalu menghulurkan sumbangan berupa makanan serta keperluan asas kepada Rumah Bakti Harapan yang menempatkan 10 anak yatim dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Sumbangan dari Datuk Christina Liew itu disampaikan Setiausaha Politiknya Vivien Lee kepada pengasas merangkap Pengurus Rumah Ginantar Balud.
Turut hadir Setiausaha Rumah Angela Joseph, Setiausaha Kehormat KEADILAN Cabang Kota Kinabalu Helen Muhammari dan Ahli Jawatankuasa Chan Jun Git.
Pada pertemuan itu, Ginantar turut berkongsikan cabaran dihadapi dalam mengendali rumah kebajikan itu.
Dengan kekangan dihadapi, beliau berkata, pihaknya setakat kini tidak lagi dapat menerima penghuni baharu.
Justeru beliau merayu kepada kerajaan bagi mendapatkan dana berikutan bangunan baharu itu dianggarkan memerlukan kos kira-kira RM550,000.
"Sebenarnya, kami sepatutnya berpindah tetapi tuan rumah itu membenarkan kami tinggal sehingga premis baharu yang dicadangkan siap.
"Awal tahun ini, kami membeli sebidang tanah di Tuaran untuk membina rumah perlindungan baharu, bagaimanapun rancangan terbabit terhalang disebabkan kekurangan dana," katanya dipetik Borneo Post.
Kata beliau lagi, selain menempatkan penghuni dua blok utama itu juga akan menggabungkan pejabat, dewan serba guna dan unit warga emas
Comentarios