top of page

KEADILAN Kemaman tegur GLC anjur persembahan rock majlis makan malam



KEADILAN Terengganu menegur Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) EPIC Berhad baru baru ini yang menganjurkan persembahan artis rock dalam majlis Makan Malam Menghargai Kakitangan 2024 yang diadakan di Zenith Hotel Kuantan.


Menurut Ketua Komunikasi KEADILAN Kemaman, Mohd Izzat Safuan, makan malam bertema Rocking The 90s dan menjemput artis rock 1990an itu dilihat tidak menepati tatakelola Islam yang diterapkan oleh kerajaan Pas Terengganu sejak 2018 lalu.


Katanya, anak syarikat Kerajaan Negeri seharusnya memberi teladan baik dan seharusnya menganjurkan hiburan yang lebih bersifat Islamik.


"Kita persoalkan kenapa buat (hiburan rock). Kerajaan laungkan tatakelola Islam (tetapi) buat persembahan rock untuk syarikat di bawah Kerajaan Negeri," katanya.


Izzat turut tertanya tanya apakah motif persembahan pada majlis tersebut untuk meraikan keuntungan syarikat berkenaan.


Kalau begitu, katanya, keuntungan agensi Persekutuan lebih tinggi namun tidak pula dibuat majlis seperti itu.


Dalam pada itu, Izzat juga mahu kerajaan Pas Terengganu menjelaskan dasar berkaitan hiburan Islam yang kelihatannya seolah olah tidak diikuti secara serius di negeri itu.


Kata Izzat, konsert hiburan seolah olah semakin dinormalisasikan berdasarkan beberapa insiden kebelakangan ini.


"Adakah normalisasi konsert itu telah merata di Terengganu kerana sejak Pas memerintah banyak konsert yang diluluskan di Terengganu.


"Seperti persembahan Aloha (di sebuah resort Pulau Lang Tengah) dan sebagainya. Adakah Pas telah menormalisasikan konsert dan anggap tidak bertentangan ajaran Islam," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page