KEADILAN DUN Jelawat siapkan perancangan menuju PRN
- Redzuan Shamsudin
- Apr 21, 2023
- 1 min read

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan yang dijadualkan pada Julai ini KEADILAN DUN Jelawat menetapkan beberapa strategi tertentu untuk menggempur kawasan berkenaan.
Menurut Timbalan pengarah komunikasi KEADILAN Kelantan, Zulfadly Ruslan, perkara tersebut turut dibawa ke dalam perbincangan sesi Santai Moreh@"Make Colek" Ketua PDM dan Jentera Pilihanraya KEADILAN DUN Jelawat, Bachok, semalam.
Dalam perbincangan itu katanya, KEADILAN DUN Jelawat menetapkan beberapa isu yang menjadi tumpuan utama pengundi di Kelantan, antaranya isu air paip kotor, faktor pengundi luar yang biasanya menyebabkan keputusan bertukar pada hari mengundi dan kerjasama antara BN dan PH.
"Kerjasama yang erat antara PH dan BN perlu dititikberatkan dan ditekankan
"Kekuatan Jentera juga adalah antara faktor kemenangan selain calon yang diketengahkan mestilah calon "winnable candidate"," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Bachok itu juga berkata keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal ini di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, sebaliknya turun ke negeri-negeri termasuk Kelantan juga akan mendapat respons positif serta dianggap amat besar maknanya kepada rakyat di negeri ini.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah jentera pilihanraya dan Pengarah Pilihanraya KEADILAN DUN Jelawat, Alias Draman.
Comentários