KEADILAN Cabang Tenggara baru baru ini mengagihkan sumbangan bantuan kepada warga emas di Felda Bukit Besar, Johor.
Menurut Ketua Cabang, Fakharuddin Moslim, kunjungan yang dibuat bersama Angkatan Muda Keadilan dan Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Tenggara itu adalah untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda, lampin pakai buang dan bakul makanan.
"Penerima, merupakan warga emas berusia 83 tahun dan menghidap pelbagai sakit kronik serta memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakkannya.
"Saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikkan buat keluarga ini," katanya.
Comments