
Oleh: Akmal Manaf
Sambutan Krismas tahun ini menjadi lebih bermakna buat 43 Pastor Gereja, Paderi Gereja dan Penguasa Gereja daerah Sipitang, Sabah apabila menerima sumbangan kasih sempena perayaan itu.
Menurut satu kenyataan, sumbangan daripada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, iaitu Datuk Azman Abidin telah disampaikan oleh Ketua Wanita KEADILAN Cabang Sipitang merangkap Pemaju Masyarakat DUN Sindumin, Junaidah Makku.
Turut sama membantu mengagihkan sumbangan yang diadakan baru-baru ini adalah rakan-rakan Pemaju Mukim, Jawatankuasa Cabang, Wanita dan AMK Cabang Sipitang.
"Semua penerima sumbangan mendoakan kesejahteraan, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Azman kerana menghargai dan mengingati sambutan Krismas.
"Terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Khas Datuk Azman, iaitu Ahmad Umar Khair Zainuddin kerana memudahkan urusan untuk menyalurkan sumbangan," maklum kenyataan itu.
Majlis penyerahan sumbangan itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Srikandi KEADILAN Sabah, Noraishah atau lebih dikenali sebagai Esah Malulur.
Commenti