top of page

KEADILAN berbeza dari pembangkang, perjuangan reformasi jelas - Amirudin



Beza antara KEADILAN dan parti pembangkang PN adalah konsep perjuangannya yang jelas untuk membawa perubahan sistem atau reformasi institusi.


Hal itu diungkapkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada ucapan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK KEADILAN Negeri Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya tengah hari tadi.


Menurut Amirudin, konsep itulah yang tidak dimiliki PN yang hanya mahukan kuasa tanpa ada kejelasan apa yang akan mereka lakukan setelah beroleh berkuasa.


"Sebab itu kita bermain politik, biar kita mempunyai kejelasan. Perlu ada pencerahan, apa yang kita mahu? Kenapa kita berjuang ke arah itu?


"Orang nak cemuh, nak sindir biarkan sebab mereka tak ada apa apa (tujuan) seperti PN. Kita ada perjuangan, perjuangan kita jelas. Parti ini ada prinsip dan pegangan kita adalah reformasi," katanya.


Tanpa kejelasan perjuangan, tambah Amirudin, sekiranya berkuasa maka rakyat akan hidup merana sebagaimana di bawah pemerintahan PN pada 2020 - 2022 lalu.


Katanya, pada waktu itu bukan sahaja perkara yang dijanjikan oleh Pas dan Bersatu dalam pilihanraya tidak dilakukan malah perjuangan utama Pas seperti RUU 355 pun dilupakan buat sementara.


Masalah ekonomi dan harga barang, katanya, hanya dipolitikkan kembali setelah parti berkenaan kembali menjadi pembangkang.


"Pembangkang (hari ini) sembang orang susah, masa mereka perintah langsung tak tengok harga getah (misalnya).


"Sekarang (waktu pemerintahan Perpaduan) penoreh getah dapat kelegaan yang jauh lebih baik daripada berpuluh tahun lepas," sinis Menteri Besar Selangor itu.


Manakala kepada reformis sejati yang menuntut agar reformasi institusi disegerakan, Amirudin memberi nasihat agar bersabar dan memberi ruang kepada kepimpinan untuk melaksanakannya secara berhemah.


Menurut Naib Presiden KEADILAN itu, tiada guna melakukan reformasi secara tergesa gesa, rakyat tidak faham dan kemudian kerajaan tumbang sebagaimana pemerintahan Pakatan Harapan 1.0.


"Ada lagi yang perlu dibaik pulih, ada. Tetapi tidak boleh secara gelojoh. Perlu dibincang, dirunding, dinilai.


"Kalau tergesa gesa orang akan masuk jarum. Inilah pengajaran masa PH 1.0. Sebab itu saya percaya sekarang kita buat (utamakan) kerajaan stabil. Tanpa kerajaan stabil nak buat baik tak guna, tak buat apa apa pun tak guna.


"Kemudian kita betulkan pentadbiran, pastikan tak ada rasuah, tak ada penyelewengan. Kemudian baru perlahan kita pergi kepada perundangan, eksekutif yang menjamin keadilan dan bawa kemakmuran.


"Ini perlu diberikan penjelasan supaya anggota parti tidak termakan skeptikal (pihak lawan yang memperlekeh reformasi)," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page