top of page

KEADILAN Baram mahu jawatan Presiden, Timbalan tidak dipertandingkan


Anggota KEADILAN Cabang Baram mengusulkan jawatan Presiden, Timb tidak dipertandingkan
Anggota KEADILAN Cabang Baram mengusulkan jawatan Presiden, Timb tidak dipertandingkan

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Baram, Sarawak yang berlangsung semalam membuat usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada Pemilihan KEADILAN 2025 tidak dipertandingkan.


Menurut Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Baram, Roland Engan, kedua dua jawatan itu wajar tidak dipertandingkan bagi menjaga keharmonian parti sebagai tulang belakang Kerajaan Perpaduan.


"Kedua-dua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Rafizi Ramli perlu mencalonkan diri untuk jawatan tersebut masing-masing, dan mereka tidak perlu dicabar pada pemilihan parti kali ini.


"Ini adalah untuk kelangsungan kestabilan dan imej parti KEADILAN sebagai tulang belakang Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan agenda reformasi menyeluruh di bawah Malaysia MADANI," katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak.


Sebelum ini, beberapa MATC di Semenanjung juga mengusulkan agar kedua dua jawatan utama berkenaan tidak dipertandingkan bagi menjamin kestabilan parti memandangkan KEADILAN akan menempuh Pilihan Raya Negeri Sabah, Melaka, Johor dan Sarawak pada dua tahun ini, sebelum Pilihan Raya Umum dijangka pada 2027.

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page