top of page

KEADILAN bakal cipta sejarah, guna undi elektronik dengan elemen AI



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bakal mencipta sejarah apabila menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI) dalam pemilihan parti akan datang.


Setiausaha Agungnya, Fuziah Salleh berkata, langkah yang selari perkembangan teknologi itu bukan sahaja melancarkan proses pengundian malah memastikan pemilihan berlangsung secara telus, adil dan berintegriti.


"Sebelum ini, kemas kini keanggotaan dilakukan secara manual yang berisiko terhadap ralat manusia.


"Dengan pelaksanaan e-KYC, anggota perlu mengimbas kad pengenalan mereka bersama wajah menggunakan teknologi AI untuk mengesahkan identiti mereka sebagai anggota sah," katanya dipetik wawancara eksklusif bersama Buletin TV3.


Sistem e-KYC telah digunakan secara meluas dalam sektor perbankan dan terbukti selamat bagi mengesahkan identiti seseorang serta mengelakkan manipulasi.


Proses pemilihan KEADILAN kali ini akan melalui tiga langkah utama iaitu e-KYC, pendaftaran dan pembayaran yuran. Pengundian peringkat cabang dijadualkan berlangsung pada April manakala pemilihan peringkat Kongres Nasional pada Mei depan.


Menurut Fuziah, sistem pemilihan kali ini juga akan menggunakan teknologi blockchain bagi memastikan keselamatan data dan ketelusan pengundian.


"Setiap pengundi akan diberikan satu ID yang dienkripsi, menjadikannya tidak boleh digodam atau ditiru. Teknologi blockchain ini memastikan sistem pemilihan lebih terjamin dan tidak boleh dipertikaikan," katanya.


Sehubungan itu tambah beliau, semua anggota diwajibkan melakukan pra-pendaftaran bagi memastikan mereka dapat mengundi tanpa sebarang gangguan.


Bagaimanapun, bagi anggota yang tidak mempunyai akses kepada telefon pintar atau internet, khususnya warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mereka di kawasan pedalaman, pengundian secara manual tetap disediakan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page