top of page

KEADILAN amal prinsip demokrasi, lebih ramai bertanding lebih baik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 10
  • 1 min read



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sentiasa mengamalkan prinsip demokrasi terbuka dan bersedia menerima penyertaan mana-mana ahli yang ingin bertanding dalam pemilihan parti kali ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Seri Seri Aminuddin Harun berkata, bilangan calon yang ramai pada pemilihan kali ini tidak menjadi isu sebaliknya menunjukkan semangat demokrasi budaya sihat dalam sistem pemilihan parti itu.


"Lagi ramai lagi elok. Mereka menawarkan diri untuk bertanding dan parti terima sahaja, itu perkara biasa.


"Peringkat cabang nampaknya ada yang dua (pertandingan dua penjuru), ada yang tiga dan ada yang lima. Seperti cabang KEADILAN Jempol satu-satunya cabang yang menyaksikan pertandingan lima penjuru dalam merebut jawatan ketua cabang manakala di cabang Tampin dan Rasah berlaku pertandingan tiga penjuru.


"Manakala, cabang Port Dickson, Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau pula menyaksikan pertandingan dua penjuru," katanya.


Amirudin berkata begitu kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu pada Rabu.


Pengundian secara dalam talian dan fizikal bagi pemilihan KEADILAN di tujuh negeri termasuk Negeri Sembilan akan dijalankan serentak mengikut cabang dan negeri masing-masing bermula Jumaat hingga Ahad ini.


Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memaklumkan perkara itu melalui notis pengundian dalam talian dan fizikal bagi pemilihan 2025 ditandatangani oleh pengerusinya, Datuk Seri Zaliha Mustafa.


Sehingga tarikh tutup pencalonan, seramai 16,878 calon telah disahkan bertanding bagi pelbagai peringkat jawatan di 222 cabang, dengan 31 cabang pula menyaksikan tiada pertandingan di peringkat Jawatankuasa Cabang

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page