top of page

KDNK norminal: Kerajaan akan umum angka pertumbuhan sebenar



Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil menjelaskan mengenai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal untuk tahun 2024 iaitu 5.9 peratus.


Anwar menjelaskan, ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, angka KDNK masih belum diperolehi untuk suku keempat.


''Keduanya, angka untuk purata tahun belum ada.. itu sebabnya mengapa diambil nominal.


''Tetapi saya setuju bahawa angka yang patut diumumkan berikutnya bukan angka nominal, tapi angka KDNK yang sebenar,'' katanya ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjelaskan demikian menjawab persoalan diutarakan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) meminta dinyatakan berapa nilai dan kadar pertumbuhan KDNK sebenar bagi Malaysia untuk tahun 2022, 2023 dan 2024.


Selain itu, Awang juga bertanya berapa nilai dan kadar KDNK nominal bagi Malaysia untuk tahun 2022, 2023 dan 2024.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page