top of page

KDN tumpu tangani lambakan PATI dalam negara - Saifuddin



Kerajaan MADANI terus menumpukan usaha menangani lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sepanjang 2023 hingga 13 November lalu terdapat seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.


"Sehingga 31 Oktober lepas, bilangan pekerja asing berdaftar di JIM adalah seramai 2,438,468 orang yang bekerja di tujuh sektor utama iaitu perkilangan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan, pertanian, pembantu rumah dan perlombongan serta pengkuarian.


"KDN melalui JIM komited untuk memastikan keselamatan negara diutamakan dengan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan serta tindakan pencegahan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan jumlah PATI," katanya melalui jawapan bertulis disiarkan laman sesawang Parlimen.

Sementara itu tegas Saifuddin, kerajaan turut mengambil tindakan terhadap majikan yang menggajikan pekerja asing yang tidak sah.


Susulan itu seramai 1,589 majikan turut ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam tempoh sama.


Selain operasi penguatkuasaan tersebut, JIM turut melaksana tindakan untuk mengesan pelawat asing tinggal lebih masa melalui operasi penguatkuasaan secara berterusan; menangkap, mendakwa serta mengusir warganegara asing yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.


"Sepanjang tahun lepas seramai 27,739 pelawat asing yang ditangkap, ditahan di pusat-pusat tahanan imigresen di seluruh negara manakala sejak 1 Januari hingga 14 November lepas seramai 41,234 pendatang tanpa izin telah ditempatkan di depo tahanan imigresen," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page