top of page

KDN tambah waktu bekerja kurangkan kesesakan permohonan pasport



Kesesakan dalam permohonan pasport di beberapa pejabat di Semenanjung diatasi dengan penambahan waktu bekerja bagi kakitangan imigresen.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selepas pandemik Covid 19 keadaan agak sesak tersebut berlaku kerana keperluan rakyat untuk keluar negara.


"Sejurus Covid hampir reda rakyat Malaysia yang memohon pasport begitu tinggi. Kadar permohonan yang diterima oleh Jabatan Imigresen meningkat berkali ganda.


"Dari 73 pejabat pengeluar pasport kesesakan dikenalpasti di jalan Duta, Wangsa Maju, Shah Alam, Kelana Jaya.


"Rakan dari Pekan bertanya apakah langkah mengatasinya, iaitu dengan menambah hari bekerja (kakitangan pada) Sabtu dan Ahad , iaitu 7 hari seminggu.


"Khususnya di pejabat pengeluar pasport yang mengalami kesesakan ketara. Ada 9 di Wilayah Persekutuan dan Selangor, 5 di Johor, Perak, Melaka, Penang dan Kedah, jumlahnya 20 daipada 73, yang berlaku kesesakan luar biasa. Termasuk UTC. Untuk itu kita keluar belanja overtime (kakitangan) RM19 juta," katanya dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali (BN - Pekan) di Dewan Rakyat sebelah pagi.


Dalam pada itu, Saifuddin juga menyarankan kepada rakyat yang tidak memerlukan dengan segera pasport untuk memohon secara atas talian bagi mengelakkan kesesakan.


"Kita juga syorkan permohonan dibuat atas talian. Sepanjang tempoh Covid hingga hari ini kita telah keluarkan 2.5 juta pasport dan pasport itu 45% (daripadanya) permohonan atas talian. Dia isi (borang) tak sampai 5 minit, cuma pasport akan mengambil masa beberapa hari berbanding datang sendiri, siap sehari," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page