top of page

KDN sedia perkenal pasport dengan tempoh sah 10 tahun



Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport antarabangsa Malaysia sehingga 10 tahun.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya sebelum ini ada memaklumkan mengenai kajian dan libat urus yang dijalankan berkenaan kesesuaian untuk melaksanakan cadangan itu.


"Kita sudah bersedia mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun.


"Ini (pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun) bukanlah satu perkara baharu. Negara jiran kita seperti seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura telah keluarkannya. Malah, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis juga mengeluarkan pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun.


"Jadi kita sudah bersedia, tetapi tarikh pelaksanaannya itu kita akan umumkan supaya rakyat ada pilihan," katanya ketika sidang media selepas perasmian Pejabat Pasport bertempat di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Jumaat.


Dalam pada itu, beliau juga berkata pihaknya juga berbangga berikutan pasport antarabangsa Malaysia berada di tempat ke 12 di seluruh dunia dan menduduki tempat kelima di Asia.


"Ukuran reputasi atau kredibiliti sebuah pasport itu diukur berdasarkan berapa banyak negara boleh memberi pengecualian visa pasport kita.


"Siapa yang pegang dan gunakannya sebagai dokumen perjalanan boleh diberi pengecualian visa di hampir 183 buah negara. Ini berpandukan kepada indeks Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) 2024," tambah Saifuddin.


Pejabat Pasport di KKIA merupakan pertama di negara yang ditempatkan di dalam bangunan lapangan terbang.


Dengan adanya pejabat pasport itu, ia jelasnya membuktikan komitmen JIM untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang berurusan untuk mendapatkan dokumen perjalanan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page