top of page

KDN sangkal dakwaan aktivis Suaram ditahan polis



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan berlaku tangkapan terhadap kumpulan yang menyerahkan memorandum di ibu pejabatnya pada Isnin seperti ditularkan di media sosial.


Menerusi satu kenyataan pada Rabu kementerian itu memaklumkan, peserta serahan memorandum itu hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis.


"Pihak KDN ingin menegaskan bahawa peserta penyerahan memorandum telah dipanggil hanya bertujuan untuk memberikan keterangan polis susulan daripada laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan selari dengan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan, 1959 (Akta 298).


"Laporan polis ini ialah tatacara lazim (SOP) seandainya ada sebarang insiden yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak keselamatan untuk masuk ke premis Kompleks Setia Perkasa, KDN," kata kenyataan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy ditahan kerana masuk ke Kompleks Setia Perkasa tanpa pas kebenaran.


Beliau sebelumnya mengiringi ahli keluarga 32 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang ingin bertemu wakil KDN bagi menyerahkan memorandum menuntut jawapan segera berhubung kesejahteraan tahanan.


Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Putrajaya Aidi Sham Mohamed menafikan dakwaan penahanan itu dan menegaskan pihaknya hanya merekod percakapan Sevan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.


"Pihak polis telah menerangkan perkara ini seperti kenyataan media mereka.


"Pengguna media sosial dinasihati untuk mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber yang tepat bagi mengelakkan sebarang spekulasi di samping sentiasa mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia yang sedang berkuatkuasa," tambah KDN.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page