top of page

KDN pertahan APMM kawal perairan, siasat kes tembakan migran Indonesia



Kementerian Dalam Negeri mempertahankan tindakan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang didakwa terlibat dalam insiden tembakan maut terhadap sekumpulan migran Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Januari lalu.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan anggota agensi kawalan pantai itu melakukan operasi penguatkuasaan dalam perairan negara dan mempertahankan diri.


"Anggota APMM kita mereka menjalankan operasi, pada pukul 2 pagi radar mereka mengesan pergerakan bot yang mencurigakan. Mereka mengawal, tahu kalau itu bot nelayan dan mana bot migran haram, mereka tahu corak pergerakan bot penyeludup.


"Mereka (memiliki pengalaman) berpuluh tahun. Apabila mereka hampiri ada tindak balas. Jadi ini antara menjaga keselamatan negara (dan) mempertahankan diri dengan situasi di tengah laut yang gelap," katanya dipetik dalam program temu bual Analisis Madani - Malaysia Aman: Kedaulatan dan Keselamatan di TV Hijrah malam tadi.


Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin turut menjadi ahli panel pada program temu bual itu.


Saifuddin berkata pasukan APMM sebelum ini pernah berdepan dengan insiden tembakan di perairan di Sabah apabila salah seorang pegawainya mengalami kecederaan kekal pada mata akibat diserang penyeludup ketika menghampiri bot mereka.


Justeru itu, kata beliau isu tersebut perlu diuruskan dengan cermat bagi membetulkan persepsi dan naratifnya yang tepat kerana ia mengaitkan dengan negara jiran.


"Kita akan segera wujudkan pasukan siasatan untuk establish apa faktanya dan terus berhubung dengan negara tetangga dan pada masa sama kita beri jaminan bahawa tanggungjawab mengawal keselamatan pintu masuk negara adalah keutamaan kita tanpa ada galang gantinya," katanya.


Dalam pada itu, Kementerian Luar memantau secara dekat perkembangan keadaan di bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia selepas insiden dilempar telur dalam demonstrasi sekumpulan rakyat republik itu semalam.


Media Indonesia melaporkan penunjuk perasaan membaling telur ke arah bangunan kedutaan besar Malaysia bagi membantah insiden tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Januari lalu sehingga seorang daripada mereka maut manakala empat lagi cedera.


Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum tentang kejadian protes tersebut.


"Kami ambil maklum kejadian (protes) yang berlaku dan isu terkait. Kami sedang memantau situasi secara dekat," kata kenyataan itu pada Jumaat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page