top of page

KDN hantar balik 68,900 PATI ke negara asal, tahan 456 majikan



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan negara termasuk isu kemasukan warga asing di negara ini.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 79,231 warga asing tanpa izin (PATI) telah menyerah diri secara sukarela melalui Program Repatriasi Migran.


Daripada jumlah itu, katanya, seramai 68,900 sudah dihantar pulang melibatkan kerjasama kedutaan negara masing-masing selain dikenakan bayaran kompuan mengikut Akta Imigresen.


"KDN telah mengutip kompaun hampir RM40,000. Empat negara paling ramai yang serah diri adalah dari Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan.


"Ikhtiar kita minta mereka serah diri, bayar kompaun dan hantar pulang. Jika kita semak tiada dokumen, kita letak di depoh imigresen dan kedutaan mereka siapkan dokumen perjalanan. Usaha ini berterusan dan tidak boleh bermusim," katanya dalam waktu-waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) yang mahu penjelasan lanjut tindakan dan perancangan kementerian bagi menanggani isu PATI.


Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga kini, kementerian melalui agensi berkaitan telah menjalankan sebanyak 7,975 operasi di kawasan-kawasan 'hot spot' warga asing.


Menerusi operasi berkenaan, katanya seramai 76,477 warga asing diperiksa, dengan seramai 20,207 didapati tidak memiliki dokumen yang sah.


"Majikan yang membawa masuk PATI secara salah juga ditahan jadi sebanyak 456 majikan telah berjaya ditahan," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page