Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneruskan komitmen menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam tahun 2025.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tahun baharu memberi semangat baharu kepada kementerian itu untuk terus memperkemas keselamatan negara.
"Selamat tahun baru 2025 kepada semua rakyat Malaysia walau di mana anda berada. Bagi umat Islam hari ini juga merupakan permulaan bulan Rejab yang mulia, menandakan ketibaan bulan Ramadhan kelak insyaAllah.
"Banyak yang berlaku sepanjang tahun 2024, KDN turut mencatat pelbagai pencapaian serta penambahbaikan servis perkhidmatan kepada rakyat.
"InsyaAllah kami akan terus membuktikan komitmen kami di dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia pada tahun ini," katanya di Facebook.
Tegas Saifuddin, Kerajaan Madani turut merekodkan pencapaian reformasi yang meransangkan dan KDN akan turut merancakkan lagi pelbagai inisiatif yang memanfaatkan rakyat sepanjang tahun ini.
Comments