top of page

KBS saran FAM segera selesai isu tunggakan gaji pemain



Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disarankan segera menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya tidak mencampuri isu tersebut kerana telah menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada FAM.


"Buat masa ini, yang kita tekankan ialah FAM perlu menangani perkara ini sebaik mungkin," katanya dipetik.


Adam Adli ditemui pemberita selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara Jom) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail di Kuantan pada Ahad.


Pada Jumaat lepas, seorang pemerhati sukan berkata FAM berpotensi berdepan hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika gagal menghentikan isu berulang masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga M.


Isu tersebut jelasnya sudah banyak kali terjadi dan boleh memberi kesan negatif kepada Malaysia.


Datuk Dr Pekan Ramli menegaskan FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku penganjur Liga M, perlu menyelesaikan masalah berkenaan sebelum FIFA mengambil tindakan.


Sebelumnya, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Samad, Penaung KL City FC Fahmi Fadzil dan Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali sudah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai perkara berkenaan.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page