top of page

KBS perluas program Rakan Muda ke seluruh daerah



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal merancakkan Program Rakan Muda dalam usahanya memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional.


Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementeriannya akan menyelaraskan perkara itu bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menjalankan program berkaitan.


"MBM dapat (peruntukan) RM5 juta tahun ini menerusi Geran Pentadbiran, tambah lagi RM2 juta untuk program Rakan Muda dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) 'topup' RM3 juta untuk kumpulan belia.


"(Jadi) KBS akan selaraskan dengan MBM untuk pastikan MBM mempunyai dana tambahan untuk melakukan program Rakan Muda," katanya dipetik.


Hannah ditemui pemberita selepas majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat kebangsaan di Dataran Pahlawan.


Pada sambutan itu, perdana menteri mengumumkan dana tambahan RM3 juta bagi melaksanakan program dan pengurusan kelab-kelab belia seluruh negara.


Sementara itu sebagai mengulas sambutan HBN itu beliau berkata, ia diyakini dapat memperkukuh potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluas akses belia kepada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).


"HBN kali ini adalah tahun kedua kita bekerjasama dengan MBM yang terlibat sebagai penganjur dan KBS hanya memantau pelaksanaan sambutannya. Ini adalah usaha kita dalam memperkasakan MBM secara terus untuk terlibat sama dalam penganjuran dan bukannya sebagai pemerhati," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page