top of page

KBS perlu 'road map' asah bakat baharu sukan di peringkat dunia



Sukan Olimpik Paris 2024 telah berakhir namun persoalan kritikal timbul mengenai keberkesanan usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mempertingkatkan penyertaan atlet Malaysia di pentas sukan dunia.


Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr. Gunaraj George mempersoalkan sama ada inisiatif kerajaan selama ini benar-benar berkesan dalam melahirkan lebih ramai atlet berbakat yang mampu mengharumkan nama negara.


"Tahniah kepada pemain Malaysia yang telah memberikan yang terbaik di sukan Olimpik Paris. Hakikatnya kita tidak boleh hanya bergantung kepada segelintir atlet untuk membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.


"KBS perlu melaksanakan strategi yang lebih menyeluruh dan berkesan untuk mengenal pasti dan mengasah bakat-bakat muda dari peringkat akar umbi," kata Dr Gunaraj dalam kenyataan.


Menurutnya, program pembangunan sukan di sekolah perlulah diperhebatkan dan diberikan perhatian serius. Katanya, bakat muda harus diberikan pendedahan awal kepada latihan berstruktur dan kemudahan sukan yang mencukupi untuk membolehkan mereka mencapai potensi maksimum.


Tambah Dr Gunaraj, kebarangkalian untuk memenangi sebarang pingat di sukan antarabangsa akan meningkat sekiranya Malaysia mampu menghantar lebih ramai atlet.


"Program ‘Road to Gold’ perlu bermula jauh lebih awal dan sepatutnya menjadi visi dan misi bagi setiap lapisan yang boleh menyumbang ke arah kejayaani.


"Sudah tiba masanya kita mengambil langkah yang lebih agresif untuk memperluaskan penyertaan atlet di pelbagai disiplin sukan, KBS perlu memperkenalkan program pemantauan bakat yang lebih efektif serta memperkukuhkan sokongan dari segi latihan dan prasarana sukan," katanya.


Menurut beliau, hanya melalui perancangan yang mantap Malaysia akan dapat mencipta lebih ramai jaguh sukan manakala road map yang disediakan KBS perlulah mempunyai keterangkuman pelbagai pihak yang boleh memain peranan dalam menjayakan misi sukan negara.


Tidak ketinggalan, katanya, kerajaan perlu membabitkan semua peringkat pentadbiran dalam menggalakkan kelahiran bakat bakat sukan di kalangan akar umbi.


"Sebagai ADUN yang mempunyai hubungan paling rapat dengan rakyat, apakah peranan yang boleh kami mainkan untuk membantu KBS dalam usaha ini?


"Kerajaan perlu menyediakan satu pelan yang jelas dan menyeluruh supaya kami dapat menyokongnya dengan berkesan


"Di Selangor sahaja, kita mempunyai lebih (100,000) pelajar sekolah rendah dan menengah. Mustahil kita tidak mampu mengenal pasti permata-permata sukan ini jika kerajaan dapat menyediakan program-program sukan yang berkesan untuk mengasah bakat melahirkan lebih ramai atlet berkaliber yang mampu bersaing di pentas dunia," katanya lagi.


Justeru Dr Gunaraj mahu KBS segera menyemak dan menambah baik pelan tindakan dalam memastikan lebih ramai atlet Malaysia dapat bersaing di Olimpik Los Angeles 2028 dan kejohanan-kejohanan sukan lain pada masa hadapan.


Untuk rekod, Malaysia telah menghantar 26 atlet untuk mengambil bahagian dalam 10 acara sukan Olimpik Paris 2024. Terdapat 32 acara sukan dipertandingkan dengan lebih 10,000 atlet berentap merebut gelaran juara bagi kategori pertandingan masing-masing.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page