top of page

Kawalan harga musim perayaan tahun ini terbaik dalam sejarah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read


Jemaah Menteri menyifatkan kawalan kepada harga barang sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri tahun ini antara yang terbaik dalam sejarah.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga barangan keperluan utama seperti ayam, telur, sayur-sayuran, ikan dan daging kekal stabil sepanjang tempoh kawalan itu tanpa lonjakan harga yang membebankan pengguna.


"Jemaah Menteri mengiktiraf kawalan harga musim perayaan tahun ini sebagai antara yang terbaik dalam sejarah," katanya dipetik dalam ucapan Perhimpunan Bulanan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di MAEP, Serdang pada Isnin.


Sementara itu tambah beliau, Program Semarak Syawal 2025 yang berlangsung pada Mac lalu sudah mencatatkan kejayaan bagi KPKM.


Program yang berlangsung dari 22 hingga 30 Mac itu jelasnya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM21.43 juta, sekali gus melepasi sasaran awal RM20 juta.


"Program ini telah dilaksanakan di 262 lokasi seluruh negara termasuk Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, RTC serta Medan Niaga Satok di Sarawak dengan penglibatan seramai 9,005 usahawan tempatan.


"Ia bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada pengguna yang berpeluang mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri pada harga berpatutan tetapi turut membantu meningkatkan pendapatan petani dan usahawan agromakanan menjelang perayaan," katanya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page