top of page

Kawal selia media sosial, kerajaan ikut cara Kesatuan Eropah - AMK



Oleh: Abdullah Zaid


Langkah kerajaan mewajibkan semua platform media sosial memohon lesen berkuatkuasa 1 Januari 2025 bukanlah untuk menyekat kebebasan bersuara sebagaimana didakwa parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan tertentu.


Sebaliknya menurut Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Bryan Ng Yih Miin, perlesenan itu bagi menyekat kebebasan pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah atau melukakan hati individu yang tidak sepatutnya disakiti.


Tegas Bryan Ng, dakwaan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abd Rahman sebelum ini kononnya langkah kerajaan itu sebagai mencabul kebebasan bersuara amat cetek dan seolah olah menafikan pembelaan kepada mangsa mangsa jenayah siber yang kerugian berbilion ringgit setiap tahun, malah ada yang telah kehilangan nyawa.


"Ironinya, Syed Saddiq sendiri pernah membuat aduan yang serupa tentang penurunan kandungan media sosialnya.


"Namun pengkritik ini gagal mengakui bahawa peraturan yang serupa telah dilaksanakan di Kesatuan Eropah (EU) yang berada di hadapan dalam melindungi hak asasi manusia.


"Pendekatan ini (perlesenan platform media sosial) sejajar dengan European Union Digital Services Act yang telah dikuatkuasakan sejak Ogos 2023 di semua 27 negara anggota EU," katanya dalam satu kenyataan.

Bryan Ng Yih Miin

Malah kata Bryan Ng, bekas Ketua Pemuda Bersatu itu sepatutnya perlu faham bahawa kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang mutlak.


Katanya, terdapat beberapa akta di negara ini yang membatasi kebebasan apabila bertentangan dengan keharmonian dan keselesaan rakyat terbanyak.


Hal itu juga, katanya, termaktub dalam undang undang antarabanagsa.


"Perkara 19 Universal Declaration of Human Rights 1949 juga menyatakan bahawa hak ini membawa tanggungjawab khas dan boleh dikenakan sekatan tertentu apabila perlu.


"Ini bermakna kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalahgunakan sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, ketenteraman awam atau keselamatan negara," ujarnya.


Jelas Bryan, langkah yang diambil Kerajaan Madani pada waktu ini amat tepat memandangkan rakyat Malaysia terdedah kepada kandungan berbahaya termasuk pornografi dan ucapan kebencian serta skim penipuan di Internet.


"Oleh itu, eloklah Syed Saddiq dan pengkritik lain menawarkan kritikan yang membina dan bukan merungut tanpa mempertimbangkan manfaat kepada rakyat.


"Ahli politik tidak sepatutnya mencari keuntungan politik dengan mengorbankan kesejahteraan rakyat Malaysia," kata yang juga seorang pengamal undang undang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page