top of page

Kartunis Zunar dipanggil beri keterangan berhubung kartun Cuti Thaipusam


Kartunis politik terkenal tanah air, Zulkiflee Anwar ul Haque atau Zunar akan disiasat polis di atas karya kartunnya yang tersiar pada bulan Januari lalu menyentuh isu Menteri Besar (MB) Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, membatalkan cuti perayaan Thaipusam.


Menurut Zunar, kertas siasatan akan dibuka di bawah dua seksyen, iaitu 505c Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


"Saya dihubungi oleh Inspektor Zulkifli Musa dari IPD Padang Terap, untuk disiasat berhubung kartun saya yang dihasilkan pada 23 Januari 2021.


"Kartun itu disiarkan dalam facebook, "Zunar Kartunis Fan Club"


"Saya akan hadir di IPD Padang Terap pada jam 11 pagi, 2 Mei 2021," katanya dalam kenyataan ringkas.


Kartun yang menyentuh isu semasa di Kedah tersebut menggambarkan MB Kedah yang baharu tidak peka kepada perasaan kaum India dengan tindakan membatalkan cuti perayaan Thaipusam.


Kartun itu menggambarkan perpaduan kaum Melayu, India, Cina dan Siam di Kedah 'terbelah' akibat tindakan MB berkenaan.


Keputusan MB Kedah itu juga mendapat bantahan meluas kaum India dan parti-parti politik termasuk MIC dan Pakatan Harapan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page