top of page

'Kartun bukan sahaja menghibur tetapi memberi mesej' - Dr Zaliha



Sifat kartun bukan sahaja menghibur tetapi terbukti pada waktu ini amat berguna untuk menyelitkan mesej yang tepat kepada anak muda.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa selepas merasmikan Festival Kartun Gen Z "Muhibah & Perpaduan" di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur pagi tadi.


Menurut Dr Zaliha, kartunis perlu memperkemaskan idea mereka untuk menanamkan kebijaksanaan dalam pemikiran generasi muda seusia mereka.


"Kartunis ini bukan sahaja dari satu sudut untuk menghiburkan tetapi satu perkara ditunjuk Zunar bahawa kartun berguna dalam memberi mesej.


"Tema karun hari ini membawa 'perpaduan' kepada negara antara kaum merupakan sau medium atau platform yang kita gunakan untuk menyatakan mesej yang baik dan khusus terkait perpaduan," katanya.


Tambah Dr Zaliha, pengkaryaan kartun pada waktu ini juga boleh ditingkatkan dengan penggunaan kecedasan buatan (AI) dan pengkarya atau kartunis boleh mengembangkan bakat mereka sebagai sumber pendapatan yang lumayan.


Katanya, seni kartun juga termasuk dalam galakan seni kreatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 semalam. Oleh itu, katanya kartunis perlu merebut peluang yang disediakan kerajaan.


"Dalam pembentangan bajet semalam kerajaan berikan RM160 juta untuk perkasa seni kreatif, dan saya rasa boleh diperkembangkan (seni kartun)," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page