top of page

Karnival Kita Madani DUN Gurun rai anak muda, anjur Jualan Rahmah



Karnival Kita Madani yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Gurun baru baru ini di pekan Bedong memberikan satu pengalaman baharu kepada masyarakat tempatan.


Selain dapat membeli barangan keperluan harian pada harga diskaun, karnival itu juga mengadakan aktiviti senaman zumba bagi golongan wanita, pameran motorsikal diubahsuai dan pada sebelah malam sesi dialog anak muda.


Menurut Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari, karnival tersebut menyediakan aktiviti kepada semua golongan masyarakat, warga emas, kaum wanita dan anak muda.


"Karnival Kita Madani yang julung-julung kali diadakan di Bedong ini telah berlangsung dengan baik dan lancar seperti dirancang.


"Selain Jualan Rahmah, aktiviti kecergasan seperti zumba, karnival ini juga telah memberi ruang kepada anak-anak muda yang meminati dunia permotoran untuk mempamirkan kreativiti mereka melalui modifikasi unik pada motosikal yang cukup menarik," katanya dalam kenyataan.


Jualan Rahmah menjadi tumpuan penduduk sekitar

Bagi anak muda, kata Firdaus, mereka mendapat slot khas pada sebelah malam melalui sesi luahan rasa hati kepada rakan muda bagi meningkatkan semangat juang dan untuk memotivasi diri.


Dalam ucapan pada malam itu, Firdaus mengingatkan golongan muda yang masih bersih pemikiran tidak perlu dicampur adukkan dengan politik.


"Seboleh mungkin sebagai ahli politik, jangan kita campur adukkan politik dalam masyarakat ini untuk kita menarik mereka.


Firdaus mengumpulkan anak muda berkerjaya dan usahawan untuk memberi motivasi kepada rakan muda

"Bagi saya anak muda ini, kita kena didik seikhlas hati kita. Sebab mereka ini nak luah perasaan, nak ada satu hala tuju, kita nak pimpin.


"Kita nak beri peluang untuk kita bersama sama anak muda sekali lagi. Kita nak lakukan terbaik untuk anak muda di Gurun," katanya.


Tegas beliau, golongan anak muda tersebut wajar diberikan ruang, perhatian yang sebaiknya serta dipandu untuk berada di landasan yang betul.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page