top of page

Karnival Keluarga Inderapura erat hubungan kaum, kejiranan



Karnival Keluarga Inderapura 2024 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Seri Inderapura, Kuantan baru baru ini berjaya merapatkan hubungan kaum dan kejiranan.


Menurut satu kenyataan, hubungan baik antara kejiranan dituntut oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi mengeratkan hubungan antara budaya dan agama.


"Komuniti kejiranan ini mempunyai sekitar 1,500 buah rumah dan berada di dalam Parlimen Kuantan, DUN Inderapura.


"Ianya digerakkan oleh NGO peneraju Persatuan Kebajikan, Keselamatan dan Rekreasi (PEKERTI) dengan kerjasama APPGM-SDG Parlimen Malaysia serta NGO tempatan seperti KRT dan Persatuan Penduduk.


"Ia turut melibatkan Jawatankuasa Masjid Ittifaqiyyah dan PIBG SMK Mat Kilau dan SK Bunut Rendang dekat sini," kata kenyataan itu.


Pengerusi PEKERTI, Azmi Ahmad pula berkata, progran tersebut mempunyai matlamat untuk mengeratkan hubungan sesama kejiranan pelbagai kaum menerusi aktiviti-aktiviti riadah dan santai yang dijalankan.


Antara aktivitinya ialah ceramah kepenggunaan, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, pertandingan gubahan bunga, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak prasekolah, pertandingan basikal berhias, pameran agensi kerajaan serta cabutan bertuah.


Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Bandaraya Kuantan Zon G, Fakhrul Anuar Zulkawi. Di dalam ucapan penutup itu beliau menegaskan peri pentingnya kerjasama kejiranan pelbagai kaum ditingkatkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page