top of page

Karnival Hari Pekerja 2025: Lebih 10 ribu peluang pekerjaan menanti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Lebih 10,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada orang ramai sempena Karnival Hari Pekerja 2025 yang akan berlangsung dari 28 April hingga 1 Mei ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan, karnival kerjaya berskala besar itu akan disertai 40 majikan daripada pelbagai sektor dan julat gaji.


Menurut kementerian itu, antara syarikat yang terlibat termasuk Malaysia Aviation Group (MAG), Sunway Resort Hotel Sdn Bhd, Agro Bank, Ambank Group, Bank Islam, FGV Holding, Gintell (M) Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad.


Selain itu katanya, karnival berkenaan turut disertai Malaysian Automotive Robotics and IOT Institute (MArii), IHH Healthcare Malaysia (Pantai Medical Centre Sdn Bhd) dan Avisena Healthcare Sdn Bhd.


"Penyertaan syarikat-syarikat ini meliputi sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta kecil dan sederhana, sejajar dengan matlamat menyediakan peluang kerjaya merentasi pelbagai bidang.


"Karnival empat hari ini menghimpunkan keseluruhan ekosistem pemerkasaan pekerja di bawah KESUMA. Ia menjadi acara pembuka tirai sebelum kemuncak sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2025, bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.


"Majlis sambutan peringkat kebangsaan pada 1 Mei itu dijadual akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penghargaan terhadap sumbangan para pekerja selaku tulang belakang pembangunan negara," maklum KESUMA menerusi satu kenyataan.


Di samping karnival utama di Axiata Arena, KESUMA turut memaklumkan, sesi temu duga akan diadakan serentak di pejabat-pejabat PERKESO negara membabitkan penyertaan 103 syarikat dengan tawaran tambahan 3,146 peluang pekerjaan.


Ujar kementerian itu, inisiatif temu duga serentak peringkat nasional bertujuan memastikan pencari kerja di setiap negeri berpeluang untuk ditemu duga majikan-majikan yang mengambil bahagian tanpa perlu hadir ke ibu kota, sekali gus memperluas capaian peluang pekerjaan kepada lebih ramai rakyat.


"Karnival Hari Pekerja 2025 merupakan kesinambungan kepada usaha berterusan KESUMA dalam memperkasa peluang pekerjaan untuk rakyat.

"Karnival ini akan memberi fokus khusus kepada golongan belia selaku bakat masa hadapan negara.


"Belia yang merupakan ‘future talents’ negara berpeluang menambah ilmu dan mencorak kepelbagaian minat baharu menerusi pameran interaktif dan program forum berkaitan kerjaya sepanjang program ini," kata kementerian itu memetik Menterinya, Steven Sim Chee Keong.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page