top of page

Karnival 25 tahun KEADILAN buka tirai, pameran Reformasi jadi tumpuan



Oleh: Abdullah Zaid


Karnival 25 tahun KEADILAN yang berlangsung di Sentul Depot di sini, membuka tirai hari ini dengan pelbagai acara menarik menanti pengunjung.


Program bertemakan ‘Teruskan Perjuangan Reformasi’ itu diadakan bagi merai pengorbanan dan sumbangan anggota KEADILAN dalam mewarnai liku perjuangan Reformasi sehingga berjaya menguasai pemerintahan negara.


Program yang berlangsung pada 9.00 pagi hingga 11.00 malam ini akan dimulakan dengan acara santai antaranya persembahan Busker Bob dan nyanyian artis terkenal Kaka Azraff serta sembang santai bersama Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Antara gerai di pameran Jubli Perak KEADILAN

Selain itu, program yang menyasarkan 10,000 pengunjung tersebut turut menawarkan pelbagai perkhidmatan agensi kerajaan, antaranya kaunter pembayaran saman, kaunter permohonan kad pengenalan dan kaunter berkaitan hal ehwal pensijilan halal bagi memudahkan urusan orang ramai.


Dalam pada itu, para pengunjung karnival juga akan disajikan dengan jualan gerai dari 27 reruai tempatan termasuk Tia Fatihah Hijab, So.lek x Gempikat, Berrykinn, Gorpis, Fifbites Churros.


Tumpuan program ini juga menyajikan pameran bergambar yang disediakan oleh Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, memaparkan episod jatuh bangun perjuangan reformasi dan parti KEADILAN sepanjang 25 tahun ini.


Acara kemuncak ulang tahun Jubli Perak ini akan dihiasi dengan ucapan amanat Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum diakhiri dengan persembahan puisi dan nyanyian khas Datuk Zainal Abidin pada belah malam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page