top of page

Kapal ZIM berlabuh di Malaysia bertukar milik kepada firma Hong Kong



Kapal kargo yang didakwa milik syarikat Israel dan menggunakan pelabuhan di negara ini sebenarnya sudah bertukar hak milik kepada sebuah syarikat lain berpangkalan di Hong Kong, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.


Beliau menegaskan kementeriannya telah membuat pemeriksaan serta siasatan dan mendapati kapal terbabit didaftarkan di bawah ZIM Rotterdam sebelum ini.


"Namun mereka telah bertukar tangan dan kapal itu sekarang namanya ialah MV Rotterdam dan pemilikan kapal itu bukan lagi ZIM Rotterdam sebaliknya di bawah syarikat GoldStar Line.


"Dasar kita ialah kita tetapkan dengan tegas syarikat perkapalan ZIM Rotterdam tidak dibenarkan berlabuh di Malaysia, tetapi apabila kapal itu telah bertukar tangan milik syarikat lain, kita tak boleh menghalang (berlabuh di Malaysia) kerana kita negara perdagangan," katanya dipetik.


Laporan sebuah portal tempatan sebelum ini mendakwa kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari Malaysia minggu lalu, kurang lima bulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kapal milik rejim Zionis itu dilarang menggunakan pelabuhan di negara ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.


Pada 20 Disember lepas, kerajaan Malaysia membuat keputusan melarang dengan serta-merta semua kapal kargo Israel dan kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di negara ini.


Pada masa sama Anwar dilapor berkata, kerajaan juga mengenakan larangan terhadap mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.


Berdasarkan kepada laman vesseltracker.com, kapal kargo ZIM Rotterdam dari Shanghai, China dengan mengibarkan bendera Liberia dicatatkan berlabuh selama dua hari di Pelabuhan Klang, Selangor setelah tiba pada 4 April lalu dan direkodkan menuju ke utara Selat Melaka pada 28 April lepas.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page