top of page

Kandungan lucah di platform X langgar undang undang, tidak dibenarkan



Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan kandungan lucah di platform media sosial X meskipun syarikat berkenaan telah mengubah terma perkhidmatannya secara rasmi dan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam sidang media mingguan di Putrajaya, petang tadi.


"Ini langgar undang undang, tidak dibenarkan.


"InshaAllah kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan, dasar negara kita kepada pihak X," katanya menjawab soalan wartawan.


Menurut Fahmi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menyampaikan hal tersebut kepada pihak pengedali platform X.


Malah, katanya, undang undang tersebut juga terpakai kepada semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia.


"Kita pastikan semua platform bukan sahaja X tetapi semua platform faham bahawa judi dalam talian, termasuk bahan lucah dan juga perkara yang tidak dibenarkan berdasarkan undang undang negara kita dipatuhi oleh platform ini, termasuklah X," katanya.


Untuk rekod, peraturan terbaharu platform X membenarkan pengguna memuat naik kandungan NSFW (Tidak Sesuai untuk Dilihat oleh Semua Orang) dengan bebas, selagi ia dibuat dengan persetujuan.


Sesiapa yang memuat naik kandungan NSFW perlu memberi label kandungan tersebut di akaun mereka untuk membolehkan platform X meletakkan amaran.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page