top of page

Kandungan jelik: MCMC buka 4 kertas siasatan, termasuk pempengaruh politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Pegawai penyiasat MCMC melakukan siasatan terhadap salah seorang pempengaruh
Pegawai penyiasat MCMC melakukan siasatan terhadap salah seorang pempengaruh

Oleh: Akmal Manaf


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka empat kertas siasatan terhadap dua individu termasuk seorang pempengaruh politik kerana memuat naik kandungan palsu dan jelik yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) di media sosial.


SKMM menerusi satu kenyataan memaklumkan, siasatan dijalankan selepas seorang daripada individu terbabit yang merupakan pempengaruh dan aktivis politik, menimbulkan sentimen perkauman melibatkan lagu kebesaran negeri Perak, pengambilalihan Menara Kuala Lumpur dan pemecahan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad.


"Sebanyak satu unit telefon bimbit dan satu kad sim milik seorang suspek telah disita bagi tujuan analisis forensik.


"Manakala bagi seorang lagi suspek, telefon bimbitnya telah pun disita oleh pihak Polis Diaja Malaysia (PDRM) bagi siasatan atas kesalahan yang berlainan," kata suruhanjaya itu.


Sesi rakaman percakapan terhadap mereka telah dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya semalam.


Sehubungan itu, MCMC menasihatkan orang ramai agar menggunakan platform media sosial dengan penuh tanggungjawab serta berhemah dan tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kandungan berunsur 3R yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page