top of page

Kampung Sungai Baru: Pemimpin PN perlu tampil mengaku kesilapan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read


Perikatan Nasional (PN) didesak tampil memikul tanggungjawab atas isu pemindahan dan pampasan yang didakwa tidak adil terhadap penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.


Presiden Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata, beberapa pemimpin PN sepatutnya tampil mengaku kesilapan mereka sehingga mengakibatkan penduduk di kawasan itu ditipu oleh syarikat yang mengambil alih tanah berkenaan.


"Mereka perlu tampil membuat keterangan dan penjelasan apa punca sebenarnya kawasan ini masih lagi tidak dimajukan. Tidak perlu sorok (bersembunyi).


"PN datang sini kononnya mahu jadi pembela. Kamu seharusnya bertanggungjawab dalam apa juga isu yang telah dibangkitkan dan dihangatkan di seluruh media sosial," katanya dipetik pada sidang media di tapak flat di Kampung Sungai Baru pada Sabtu.


Terdahulu, projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru kembali menjadi polemik susulan tuntutan kumpulan penduduk yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diperoleh.


Sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan penduduk melahirkan rasa kecewa terhadap proses pengambilan tanah yang berlaku pada 18 dan 21 Jun 2021 ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Sementara itu Hussen membidas sikap pemimpin PN yang cuba mengelak dari mengambil tanggungjawab dalam isu tersebut.


Selain Muhyiddin yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, beliau mendakwa dua bekas Menteri Wilayah Persekutuan termasuk bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun dan Tan Sri Annuar Musa antara yang perlu dipertanggungjawabkan


"Annuar Musa sepatutnya bertanggungjawab terhadap isu Kampung Sungai Baru ini bukan hanya kepada flat di sini tetapi penduduk asal, begitu juga dengan (Datuk Seri) Shahidan Kassim.


"Pada saya mereka ada terlibat urusan pemindahan penduduk, tetapi hari ini mereka senyap," tambahnya sambil menggesa penduduk melantik peguam untuk membela hak mereka.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page