top of page

Kampung Baru Penaga jadi kampung angkat KBS



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memilih Kampung Baru Penaga di Kepala Batas sebagai kampung angkat di bawah Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, beliau memilih kampung itu sebagai kampung angkat Santuni MADANI kerana amat dekat di hatinya memandangkan ia merupakan kampung halaman ibunya.


Menerusi program itu jelasnya, ia akan mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan komuniti setempat selain memberi peluang kepada kementerian untuk memahami dengan lebih dekat cabaran dihadapi masyarakat.


"Saya masih ingat lagi kunjungan pertama saya ke kampung ini pada Julai tahun lepas dan berkesempatan berbincang dengan ketua kampung, penghulu, Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI.


"Pelbagai input dan pandangan bernas telah disuarakan pada sesi libat urus dan merumuskan bahawa fokus utama program Santuni MADANI adalah untuk menangani isu-isu sosioekonomi penduduk kampung ini," katanya dipetik.


Adam Adli sebelumnya hadir ke Majlis Peluncuran Santuni MADANI Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang diadakan semalam.


Dalam pada itu jelasnya sepanjang tahun lepas pelbagai aktiviti bermanfaat telah dilaksanakan di kampung berkenaan seperti Program Gotong-Royong Santuni MADANI, pemasangan lampu solar, pembaikan pendawaian elektrik dan kursus kemahiran asas untuk pengusaha kecil.


Antara isu utama yang dikenal pasti adalah kemiskinan, keciciran pendidikan, kesihatan, pengangguran, keselamatan, penyalahgunaan dadah serta kemudahan infrastruktur.


"Besar harapan saya agar kampung ini mampu melahirkan lebih ramai pemimpin belia yang berketerampilan dan berjiwa besar," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page