top of page

Kampung Angkat Madani: RM2.5 juta ceriakan Kg Orang Asli Kelinsing



Peruntukan sebanyak RM2.5 juta disalurkan kepada penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang, Selangor bagi membangunkan beberapa kemudahan awam di kampung itu di bawah Program Kampung Angkat Madani.


Sempena program tersebut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turun padang bersama pegawai kanan kementerian bagi bertemu mesra dengan masyarakat Kampung Orang Asli Kelinsing.


Kementerian Komunikasi dalam kenyataan berkata peruntukan tersebut bakal digunakan untuk membina semula balai budaya, kantin, tandas awam serta mewujudkan ruang niaga baharu dalam kawasan kompleks budaya kampung tersebut.


"Sebagai nilai tambah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membina sebuah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi membantu merapatkan jurang digital dan pengetahuan dengan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara," katanya kenyataan itu hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan sewaktu ucapan Belanjawan 2024 telah mengumumkan bahawa kerajaan memperkenalkan Program Kampung Angkat MADANI yang memberikan tumpuan kepada melengkapkan kemudahan asas termasuk Internet di kawasan desa yang terpinggir.


Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan,Fahmi turut mengedarkan Jalur Gemilang menerusi Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang kepada 76 buah rumah di sekitar kampung itu.


Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohd Anis Othman dan Tok Batin Kampung Orang Asli Kelinsing, Rosmaini Baat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page