top of page

Kamil Munim umum bertanding Ketua AMK



Muhammad Kamil Abdul Munim menawarkan diri secara rasmi sebagai calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.


Beliau yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Kewangan berkata, keputusan untuk bertanding jawatan itu merupakan langkah bagi perkukuh sayap parti, selain menekankan proses ‘regenerasi’ bermula daripada akar umbi.


"Insya-Allah saya menawarkan diri sebagai ketua Pemuda PKR dan berharap diberi peluang untuk mengetuai Pemuda," katanya dipetik.


Jawatan Ketua AMK kini disandang Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.


Pada 8 Mac, Adam mengumumkan bertanding kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti nanti.


Media sebelum ini menyifatkan Muhammad Kamil tidak akan berdepan cabaran besar untuk dipilih ke jawatan itu memandangkan sekurang-kurangnya sembilan AMK negeri telah mengisytiharkan sokongan mereka secara terbuka kepadanya.


Muhammad Kamil sementara itu berkata, sebagai parti yang meraikan demokrasi, KEADILAN membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang layak menawarkan diri untuk bertanding.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page