top of page

Kamil Munim punya potensi terbaik pimpin AMK - Syaril Ali


Syaril Ali (kanan) dalam kunjungannya bertemu Kamil Munim di Kementerian Kewangan baru baru ini
Syaril Ali (kanan) dalam kunjungannya bertemu Kamil Munim di Kementerian Kewangan baru baru ini

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim merupakan calon terbaik bagi mengemudi AMK Malaysia menggantikan ketua pada waktu ini Adam Adli Abdul Halim yang telah melewati had usia.


Hal itu dinyatakan oleh Muhammad Syaril Showkat Ali, Setiausaha Pengelola AMK Malaysia menolak khabar angin bahawa beliau akan mencalonkan diri bertanding sebagai Ketua AMK pada Pemilihan KEADILAN 2025.


"Pelbagai ‘rumours’ dan khabar angin yang dilemparkan di segenap medium massa tentang sokongan saya terhadap Kamil Munim sebagai satu-satunya calon Ketua AMK Malaysia yang sudah bersedia untuk berlayar mengemudi bahtera anak muda KEADILAN.


"(Oleh itu) saya mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang mulia ini bagi menzahirkan sokongan penuh kepada Kamil Munim sebagai 'nextgen' Ketua AMK Malaysia," katanya dalam kenyataan.


Menurut Syaril, beliau melihat Kamil sebagai calon yang mampu membawa AMK ke tahap lebih baik sekiranya diangkat sebagai ketua.


"Pengalaman dan amatan saya dalam kepimpinan belia, melihat Kamil Munim merupakan calon yang mempunyai potensi yang tertinggi bagi memimpin AMK Malaysia.


"Saya mengajak semua lapisan anak muda untuk memberikan dukungan penuh kepada kepimpinan dan keputusan beliau selepas ini," katanya lagi.


Dalam kenyataan itu juga, Syaril mengesahkan beliau telah berbincang dengan Kamil berkenaan beberapa langkah sinergi bagi pemerkasaan barisan kepimpinan AMK dengan mengadaptasi konsep latihan mental dan fizikal kepada calon-calon kepimpinan supaya dapat mempersiapkan diri menghadapi ‘real politics’ di luar.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page