top of page

Kamil Munim punya idea jelas, berpengaruh dalam kalangan anak muda



Kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia memerlukan kesinabungan pada penggal berikutnya.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil dalam kenyataannya.


Menurut Zaidi, Timbalan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim layak dicalonkan sebagai Ketua AMK penerus kepimpinan sedia ada.


"Kerjasama beliau bersama YB Adam Adli telah terbukti memperkukuh serta mengembalikan keyakinan anak muda terhadap perjuangan Keadilan.


"Tambahan pula, dengan peranannya sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan, pengalaman beliau menjadi modal utama untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan cemerlang," katanya.


Kata Ketua AMK Cabang Kota Marudu itu, meskipun terdapat calon lain namun Kamil boleh menyampaikan pandangan dan idea dengan jelas serta mempunyai pengaruh mendalam dalam kalangan anak muda.


"Lagipun, ini merupakan penggal terakhir Kamil Munim dalam AMK Pusat, sudah sewajarnya kita memberi peluang kepada beliau untuk menerajui AMK.


"Kamil Munim adalah pemimpin muda yang berwibawa, berprinsip dan komited dalam memperjuangkan agenda reformasi serta memperkasakan anak muda di seluruh negara.


"Kepimpinan dan visi beliau diyakini mampu membawa AMK ke tahap yang lebih dinamik serta memastikan perjuangan hak rakyat, terutamanya generasi muda, terus relevan," katanya lagi.


Tambah Zaidi, Sebagai Timbalan Ketua AMK Malaysia, Kamil telah turun ke Sabah tidak kurang daripada lapan kali yang membuktikan komitmen dan keprihatinannya terhadap AMK Sabah.


Minggu lepas, katanya dalam sesi santai bersama Kamil Munim, 19 daripada 25 Ketua AMK Cabang Sabah telah menyatakan sokongan padu kepada beliau manakala selebihnya tidak dapat hadir.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page