
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Kamil Munim diharap meneruskan kesinabungan kepimpinan sayap pemuda.
Menurut Timbalan Ketua AMK Negeri Selangor, Muhammad Iman Haziq, Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu dilihat berketrampilan dalam menyelesaikan isu isu anak muda dan akan membawa sayap itu ke tahap pencapaian lebih tinggi.
"Kami optimis kepimpinan yang dibawa saudara Kamil mampu membawa AMK ke tahap lebih tinggi melihat kepada kerja keras beliau mengukuhkan jentera angkatan muda hingga ke peringkat akar umbi.
"Ditambah lagi dengan rekod cemerlang beliau memperjuangkan isu-isu anak muda termasuk peluang pekerjaan dan pendidikan adalah bukti bahawa beliau layak menerajui AMK Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, ujar Iman Haziq, AMK Selangor optimis dengan hala tuju dan pengalaman yang ada pada Kamil akan mampu menarik sokongan anak muda selain mengangkat aspirasi Madani.
"Pemilihan kali ini amat penting untuk memastikan AMK terus maju dengan kepimpinan lebih dinamik yang benar-benar memahami aspirasi serta keperluan anak muda," katanya lagi.
Beliau berharap Kamil mendapat sokongan padu sebagai calon Ketua AMK pada pemilihan parti pada Mei ini.
Comments