Sejak seminggu sebelum Tahun Baharu Cina beberapa ranting KEADILAN telah turun padang untuk mengagihkan 'couplet' kaligrafi di Pasar Pekan Ampang dan Kuala Ampang.
Kedua-dua pasar tersebut adalah antara yang tertua di Parlimen Ampang dan telah dibuka sejak sebelum merdeka lagi.
Menurut Ketua Ranting KEADILAN Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, Alex Lim, pengagihan couplet 'fu (福)' yang bermaksud 'berkat' itu akan menjadi simbol yang baik digantung di pintu rumah pada hari tahun baharu.
"Suasana suram tahun lepas apabila kerajaan tetiba mengumumkan ‘darurat’ pada Januari 2021 (berubah tahun ini). Semoga kehadiran kami di beberapa lokasi membawa rahmat (couplet) kepada anda," katanya ketika mengedarkan kaligrafi berkenaan.
Dalam masa sama, Alex bersama ketua-ketua Ranting yang lain juga menjalankan program sumbangan kebajikan untuk golongan B40 dan warga emas.
Beliau berkunjung ke beberapa buah rumah untuk membawa makanan dan angpow kepada mereka yang kurang bernasib baik di Taman Cahaya, Kampung Baru Cina Ampang, Taman Dato' Razali dan Taman Tasek Tambahan.
Sementara itu, Ketua Ranting Jalan Merdeka, Bob Yap yang turut serta dalam pengedaran tersebut berkata sumbangan kebajikan perlu dipastikan sampai kepada masyarakat berbilang kaum setiap kali hari perayaan tiba.
"Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka serta menceriakan penerima bantuan yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Saya pastikan imej ‘KEADILAN untuk Semua’ tetap dijaga," katanya.
Turut hadir ke program ini adalah Sdr S.Sunder, Ketua Ranting Ampang Campuran Ikan Jelawat, Kenny Leong, Ketua Ranting Tasek Tambahan Selatan dan Low Tian Hua, Ketua Ranting Taman Cahaya.
Kommentare