top of page

Kalah PRK, kosongkan 6 kerusi: Pemimpin PN elok cermin diri - AMK



Kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri pada 17 Ogos lalu tidak mewajarkan pemimpin Bersatu untuk melarikan isu mendesak Speaker Dewan Rakyat mengosongkan enam kerusi bekas Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar, desakan Ketua Pemuda Armada, Wan Ahmad Fayhsal dan Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari agar kerusi segera dikosongkan berikutan Kerajaan Perpaduan dianggap berpeluang menang di kesemua parlimen terbabit seolah olah mempermainkan Perlembagaan dan Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti (2022).


"Ini cubaan jahat memesongkan fakta buat kesekian kalinya. Kononnya Speaker Dewan Rakyat berupaya mengosongkan kerusi tersebut tetapi memilih untuk tidak melakukannya.


"Hakikatnya Speaker Dewan Rakyat tidak boleh mengosongkan kerusi bagi keenam-enam Ahli Parlimen tersebut adalah disebabkan kekangan perundangan yang dicipta oleh Bersatu dan Perikatan Nasional sendiri sewaktu undang-undang antilompat parti dibentangkan di Parlimen pada tahun 2022 lalu," kata Haziq dalam kenyataan.


Menurut beliau, masalah yang timbul hari ini bukanlah kerana Speaker membuat keputusan semata mata tetapi kesan ketidaksetujuan Bersatu mengetatkan peruntukan antilompat parti tersebut.


Speaker, katanya, hanya boleh mengosongkan kerusi di bawah Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan jika Ahli Parlimen meninggalkan parti secara sukarela dan bukannya melanggar arahan parti. Hal itu telah diusulkan oleh Pakatan Harapan kepada jawatankuasa yang mendraf akta berkenaan pada 2022 lalu tetapi ditolak.


"Setelah mereka sendiri membuat onar dan merosakkan keberkesanan undang-undang antilompat parti sedia ada, kini mereka terus menjaja cerita dongeng dan merosakkan minda orang awam kononnya enam kerusi Ahli Parlimen tidak dikosongkan kerana motif politik


"Jika benar keputusan Speaker salah mereka dicabar untuk membuktikan asbab secara teknikal bahawa Speaker benar-benar terkhilaf dalam keputusannya tempoh hari," kata Haziq lagi.


Beliau juga mahu pemimpin Bersatu dan Pas terbabit agar mencermin diri sebelum mengeluarkan kenyataan yang semberono dan menambah haru biru suasana politik negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page