top of page

Kakitangan awam naik gaji: Kabinet arah kementerian pantau harga barang



Kabinet mengarahkan semua kementerian memperhebatkan pemantauan di pelbagai peringkat bagi mengekang tindakan peniaga menaikkan harga barangan susulan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam di bawah skim baharu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Disember ini.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


"Jemaah Menteri juga akan turun padang meninjau kawasan masing-masing atau lokasi yang dirasakan perlu untuk dilaksanakan pemantauan.


"(Ada) keperluan untuk memastikan aspek penguatkuasaan dipertingkat (bagi) memastikan harga barang tidak naik terutama makanan di restoran," katanya pada sidang media pascamesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Fahmi yang juga jurucakap kerajaan perpaduan berkata terdapat peringatan khusus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetapi kementerian lain juga diarahkan untuk tingkatkan pemantauan.


Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengingatkan peniaga agar tidak mensabotaj usaha kerajaan meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan mereka.


"Kita tidak mahu peniaga mengambil kesempatan melakukan pencatutan kerana kenaikan gaji penjawat awam tiada kaitan langsung dengan kos operasi dan kos perniagaan mereka," katanya kepada pemberita.


Pada 15 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana manakala pengurusan tertinggi menerima kenaikan sebanyak tujuh peratus berdasarkan pelaksanaan SSPA.


Jelasnya, kerajaan terpaksa melaksanakan pelarasan terbabit secara berperingkat disebabkan kekangan dan untuk mengelakkan tekanan inflasi.


Kenaikan itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah selepas 12 tahun tiada semakan dibuat. SSPA menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember ini menyaksikan kira-kira 1.6 juta penjawat awam mendapat pelarasan gaji baharu selepas kali terakhir disemak pada 2013.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page