top of page

Kaki fitnah perlu ambil serius pesanan Agong, jangan rosakkan masyarakat



Agong bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15
Agong bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Antara pesanan penting dalam Titah Diraja perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pagi tadi ialah berkaitan budaya memfitnah dan hasutan yang semakin berleluasa melalui media sosial.


Baginda melahirkan kebimbangan terhadap berleluasanya budaya tersebut yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat.


Baginda bertitah :


"Suka saya ingatkan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa jenayah siber, seperti penipuan kewangan dalam talian atau scammer dan pencurian identiti.


"Saya juga merasa bimbang, dengan budaya fitnah dan hasutan di dalam talian dan media sosial yang menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.


"Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam talian agar tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan dan kecurian dalam talian," titah baginda.


Bertindak tegas


Sehubungan itu, Sultan Ibrahim mahu kerajaan bertindak lebih tegas terhadap mereka yang menyebarkan fitnah dan hasutan dalam talian dan media sosial.


"Kerajaan perlu tegas dalam membendung budaya ini dan bersikap proaktif untuk memberikan maklumat yang betul dan dipercayai kepada rakyat," titah baginda.


Sultan Ibrahim juga menyeru kerajaan agar melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara, walaupun ia hanya melibatkan "seketul batu karang di tengah lautan".


"Kerajaan juga perlu bijak dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua pihak dan meningkatkan kerjasama.


"Kerajaan juga perlu bijak dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua pihak dan meningkatkan kerjasama strategik dalam menangani isu-isu serantau dan sempadan negara.


"Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil, bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara, walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan," titah baginda.

Noraini Nordin
Noraini Nordin

Sesungguhnya titah Sultan Ibrahim, terutama berkaitan budaya fitnah dan menjaga kedaulatan negara adalah isi penting yang perlu diberi perhatian oleh rakyat.


Semua kita harus mengambil serius pesanan baginda agar perkembangan media sosial tidak membawa kerosakan kepada kehidupan rakyat serta masa depan negara.


Kepada kaki fitnah wajiblah taat dan ambil serius Titah Diraja ini. Usahlah lagi menjadi perosak masyarakat yang boleh menghancurkan negara.

Lebih baik memanfaatkan media sosial untuk kemajuan diri dan negara serta bagi perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan, bukan yang mendatangkan musibah.


Intipati Titah Diraja


Selain itu penulis juga dalam ulasan ini turut menyenaraikan intipati Titah Diraja supaya menjadi panduan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Intipati Titah Diraja iaitu :


  • Ahli Parlimen perlu menjadi benteng perpaduan negara dan bukan ejen perpecahan rakyat


  • Parlimen adalah platform semak dan imbang pentadbiran negara, bukan tempat bertegang urat, maki hamun dan tabur fitnah .


  • Sultan Ibrahim titah Ahli Parlimen hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu, jangan pentingkan sesuatu parti atau kelompok.


  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah atas sikap lebih sopan Ahli Parlimen pada sidang tahun lepas.


  • Agong zahir penghargaan atas peranan semua pemimpin dalam kekalkan kestabilan politik negara, sumbang kemakmuran ekonomi dan sosial.


  • Sultan Ibrahim sambut baik usaha kerajaan tingkat pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi.


  • Agong sambut baik pelaksanaan subsidi bersasar, titah pengagihan cekap dan berkesan kepada golongan benar-benar layak.


  • Sultan Ibrahim zahir kebimbangan budaya fitnah dan hasutan di media sosial menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.


  • Sistem perkhidmatan kerajaan mesti dinaik taraf guna teknologi digital bagi banteras amalan rasuah, salah guna kuasa dan budaya 'red tape'.


  • Semua pihak perlu berusaha jayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 terutama memastikan negara bersih dan selamat .


  • Agong titah kerajaan terus bantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan, proaktif perkasa sektor pertanian, komoditi dan rangkaian bekalan makanan.


  • Malaysia perlu kekal tegas dukung keamanan, menentang keganasan dan penindasan.


  • Malaysia perlu tunjuk keupayaan dalam memimpin dan menentukan hala tuju ASEAN .


  • Kerajaan perlu bijak kekal hubungan diplomatik dengan semua negara, tingkat kerjasama strategik tangani isu serantau dan sempadan .


  • Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat kerajaan Persekutuan dan negeri


  • Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan, keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan.


  • Agong titah rakyat berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dan kecurian identiti.


  • Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil pastikan hak kedaulatan, kepentingan negara kekal terpelihara.


Ayuh semua, teruslah memajukan diri, komuniti serta negara. Mari kita bersama-sama membantu PMX untuk mengharmonikan masyarakat dan menjadikan Malaysia Madani lebih cemerlang.

_____________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page