top of page

Kajian teknikal ganti reaktor Triga Puspati sedang dijalankan - Menteri MOSTI



Kewujudan teknologi reaktor baharu oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan import luar negara terhadap pelbagai jenis radioisotop.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, kewujudan Integrated Nuclear Infrastructure Review for Research Reactor (INIR-RR) tersebut maka negara dapat memfokuskan kepada bidang perubatan, industri dan biosains yang lebih luas.

"Selain itu, ia juga mampu menyumbang kepada peningkatan pengetahuan saintifik dan inovasi berteknologi tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara," katanya dipetik di Dewan Rakyat pada Rabu.


Beliau berkata begitu bagi menjawab pertanyaan seorang Ahli Parlimen berhubung perancangan MOSTI untuk membina reaktor nuklear berteknologi baru bagi menggantikan reaktor tunggal di Malaysia yang sudah digunakan sejak 1982 bagi tujuan perkhidmatan dan kajian penyelidikan.


Mengulas lanjut Lih Kang berkata, kementeriannya melalui Agensi Nuklear Malaysia sedang menjalankan Kajian Teknikal Pelan Penggantian Reaktor Triga Puspati (RTP).


Kajian melibatkan skop penilaian kesan sosio- ekonomi projek Reaktor Penyelidikan Pelbagai Guna (MPR), termasuk kos pembinaan, operasi, keselamatan, sekuriti dan kawal gunaan serta pengurusan sisa yang mematuhi piawaian antarabangsa itu telah dimulakan sejak 2022 menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

"Kajian ini juga mengambil kira input dan cadangan daripada pihak pemegang taruh agar projek ini memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan di Malaysia," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page