top of page

Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor diperingkat akhir - Exco



Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor kini sudah di peringkat akhir, maklum Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri.


Ng Sze Han pada Jumaat memaklumkan Dewan Undangan Negeri bahawa pelan induk itu memberikan tumpuan kepada pembangunan dan penyediaan perkhidmatan jaringan pengangkutan yang menyeluruh dan memenuhi keperluan rangkaian 'First Mile, Last Mile' di negeri itu.


Ia jelasnya tidak hanya melibatkan mod pengangkutan seperti bas, rel, teksi atau e-panggilan sahaja, sebaliknya turut mencakupi infrastruktur lain termasuk perhentian bas, mikromobiliti, e-skuter dan laluan pejalan kaki.


"Pelan ini antara usaha kerajaan negeri bagi menambah baik infrastruktur dan kesalinghubungan rangkaian pengangkutan awam di Selangor untuk mencapai sasaran 60 peratus penggunaan menjelang 2035.


"Berdasarkan data terkini, purata penggunaan harian pengangkutan awam di Selangor sekitar 1.1 juta penumpang termasuk perkhidmatan dikendalikan Prasarana Malaysia Berhad," katanya dipetik.


Ng turut berkata pihaknya menerusi Jabatan Teknikal telah mengadakan bengkel dan perbincangan dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor pada Ogos lepas bagi membincangkan Terma Rujukan (TOR) untuk memastikan kajian itu dilaksanakan secara menyeluruh.


Antara lain kajian perlu mengambil kira dasar, strategi dan garis panduan berkaitan sama ada di peringkat negeri, negara serta antarabangsa selain memberi penekanan terhadap isu-isu pengangkutan awam yang dihadapi oleh setiap PBT.


"Ia turut memberi penekanan terhadap isu-isu pengangkutan awam yang dihadapi oleh setiap PBT dan memberi fokus kepada usaha Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan aksesibiliti kepada perkhidmatan pengangkutan awam lebih selesa dan efisien kepada rakyat," jelas ADUN Kinrara itu.


Beliau sementara itu menyatakan keyakinan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dari Bandar Utama, Petaling Jaya hingga Johan Setia, Klang yang dijangka beroperasi mulai 1 Mac depan bakal meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sehingga 60 peratus seperti yang disasar.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page