top of page

Kajian kompetensi DUN gubal undang undang Islam siap hujung tahun



Laporan kajian oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam dijangka siap sebelum akhir tahun ini.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, laporan itu akan dibentangkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja.


"Jawatankuasa khas ini telah mengadakan mesyuarat secara berkala dan setakat ini sebanyak 22 kali mesyuarat telah dilaksanakan.


"Jawatankuasa khas ini akan menyediakan laporan hasil kajian dan pandangan terhadap semua isu-isu berbangkit dalam tempoh tidak melebihi satu tahun dan insya-Allah sebelum akhir tahun akan siap laporan ini," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru baru ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mengenai perkembangan terkini penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam serta Jawatankuasa bagi mengkaji isu berhubung kalimah Allah.


Jawatankuasa khas ditubuhkan Disember tahun lepas itu bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN menggubal undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Zulkifli berkata bagi memastikan kajian yang komprehensif, sesi libat urus dengan pihak berkepentingan diadakan antaranya melibatkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, mufti negeri, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan pakar perundangan serta Perlembagaan.


Beliau berkata jawatankuasa khas itu juga akan menjalankan sesi libat urus dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Ketua Hakim Syarie yang dijadualkan pada 19 Julai ini.


Mengenai isu kalimah Allah, Zulkifli berkata kertas cadangan penentuan dasar berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam telah dibentang kepada MKI pada 28 Ogos 2023 dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja pada 25 Okt 2023.


"Dalam masa sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga dalam tindakan untuk menggubal satu perundangan baharu berhubung perkara ini selari dengan dasar yang telah ditetapkan Majlis Raja-Raja menurut kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page