top of page

Kajian keupayaan gubal undang-undang Islam, elak kelemahan ketara - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kajian mengenai keupayaan badan perundangan negeri untuk mengubal undang-undang Islam yang disedangkan dilakukan boleh sebuah jawatankuasa khas perlu diteliti dengan lebih mendalam termasuk membawanya kepada pakar di peringkat antarabangsa.


Perdana Menteri (PM) berkata, perkara itu merupakan antara syor yang dititahkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) sebelum perkara itu dimuktamadkan.


"Kita mahu supaya ia diteliti, sebaik ia dibentangkan nanti dapat menjadi dokumen yang kukuh, disepakati oleh semua negeri, mufti-mufti dan ulama.


"Malah kita minta Jakim selaraskan untuk untuk minta pandangan pakar-pakar perundangan Islam antarabangsa," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah di Kuala Lumpur hari ini.


Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bukan sebagai dalih untuk melengah-lengah usaha memperkukuhkan perundangan Islam sebaliknya bagi mengelakkan ia mempunyai kelemahan yang ketara.


"Setakat ini saya tidak dapat lihat sebarang bantahan atau masalah sama ada Ketua Hakim Negara telah merestui usaha ini dan Majlis Raja-Raja diberikan taklimat awal.


"Cuma mereka minta supaya diteliti supaya tidak dilihat gopoh atau dalam pelaksanaan dilihat ada kelemahan ketara," katanya.


Menurut beliau, kajian jawatankuasa khas itu dijadual dibentang pada mesyuarat Majis Raja-Raja, Ogos depan.


Namun jelasnya, berdasarkan kepada perbincangan dengan Sultan Nazrin, perkara itu belum lagi dapat dimuktamadkan kerana perlu dibawa terlebih dahulu kepada Peguam Negara dan kemudian dibawa untuk mendapat perkenan persetujuan Majlis Raja-Raja.


Jawatankuasa khas yang ditubuhkan tahun lalu atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang Ketika itu merupakan pengerusi MKI bagi mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undag syariah.


Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi mempengerusikan Jawatankuasa itu bersama 10 ahli yang lain turut berperanan meneliti alasan penghakiman yang dikemukakan dalam kes Iki Putra Mubarak dan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.


Dalam kes Iki Putra Mubarak yang telah didakwa di mahkamah syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat telah mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) 1995 dengan mendakwa negeri atau mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.


Pada 25 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang yang dibuat oleh Iki Putra terhadap Seksyen 28 EJSS 1995, sekali gus mengetepikan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.


Kes Nik Elin Zurina pula, peguam itu telah memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan supaya 20 seksyen kesalahan jenayah takzir dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah selain memohon mahkamah mengisytiharkan DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam saja.

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page