top of page

Kajian hebahan bencana menerusi telefon bimbit di peringkat akhir



Kajian pelaksanaan saluran notis bencana secara terus melalui telefon bimbit kepada penduduk di kawasan berisiko sudah pada peringkat akhir.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diarahkan meneliti perkara itu sedang melihat beberapa pilihan bagi melaksana mekanisme itu.

"Ia akan jadi satu alat komunikasi tambahan dan boleh membantu kerana ia ada satu elemen iaitu geolokasi yang boleh dihantar kepada sekumpulan orang yang berada di satu lokasi.


"Saluran ini nanti akan ada koordinasi dengan pihak NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara)," katanya dipetik.


Fahmi berkata begitu selepas menghadiri Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) pada Rabu.


Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan pada minggu lalu memaklumkan MCMC telah diarahkan untuk meneliti saluran berkenaan yang mengirim pesanan melalui telefon bimbit tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).


Sistem seperti itu jelasnya telah dilaksana negara lain antaranya Korea Selatan dan Jepun dalam meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana.


Fahmi sementara itu menyatakan harapan agar saluran itu dapat dilaksana segera bagi manfaat masyarakat.


Ia terutama Malaysia ketika ini sedang berdepan Monsun Timur Laut berterusan hingga Mac 2025 yang meningkatkan risiko berlakunya bencana banjir.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page