top of page

Kajian geoteknikal di ibu kota dimulakan tahun depan - Dr Zaliha



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kajian geoteknikal secara terperinci di kawasan segi tiga emas di ibu kota bermula tahun depan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata begitu selepas menghadiri Majlis Apresiasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Sabtu.


Sebagai mengulas mengenai usaha mengurangkan risiko seperti kejadian tanah mendap di ibu kota beliau menegaskan, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua pemaju agar mematuhi syarat baharu permohonan kebenaran merancang berkuat kuasa serta-merta selepas insiden di Jalan Masjid India pada Ogos lalu.

Syarat baharu dikeluarkan itu bertujuan mengurangkan sebarang risiko insiden pada masa akan datang memandangkan syarat kajian geoteknikal ditetapkan sebelum ini hanya membabitkan kawasan yang bercerun.


"Permohonan merancang ini mewajibkan pihak pemaju mengemukakan kajian teknikal sebelum ia diluluskan.


"Tidak kira sama ada kawasan itu bercerun mahupun kawasan lapang, tanah rata atau di mana-mana sahaja di sekitar ibu kota, kita akan pastikan pihak pemaju mengemukakan syarat ditetapkan bersama syarat-syarat lain," katanya dipetik.


Sementara itu Dr Zaliha merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi melaksanakan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar Segi Tiga Emas Kuala Lumpur melalui Belanjawan 2025 lalu.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page