top of page

Kaji rancangan jangka panjang bangunkan jalan raya sarawak



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak komited membawa agenda reformasi pembangunan infrastruktur terutama jalan raya yang menyeluruh di kawasan bandar, separa bandar dan pedalaman di negeri berkenaan.


Bagi memastikan hasrat itu tercapai, pengerusinya Roland Engan berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mesti berganding tangan membangunkan infrastruktur jalan raya termasuk di pedalaman Sarawak.


Katanya, Kerajaan Negeri tidak seharusnya terus menggunakan kaedah syarikat balak atau pengusaha ladang kelapa sawit melakukan tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility) dengan membina jalan akses tanah merah ke kampung-kampung tidak perlu lagi diteruskan.


"Berdasarkan maklumbalas pelbagai pihak, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan pihak swasta perlu dengan segera mengkaji semula perancangan jangka masa panjang untuk pembangunan jalan raya di seluruh Sarawak.


"Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Swasta Bertol perlu dirancang dengan segera. Koridor pembangunan seperti SCORE dan agensi pembangunan di bawahnya perlu mempercepatkan momentum pembangunan untuk seluruh rakyat Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, perancangan segera itu perlu dibuat memandangkan kaedah lama menggunakan jalan lori itu sangat berisiko kepada rakyat Sarawak, selain menelan kos yang besar untuk tujuan penyelenggaraan dan pembelian kenderaan yang sesuai untuk menggunakan jalan berkenaan.


"Perancangan yang jelas mesti dilaksanakan segera. Rancangan dan perlaksanaan pembangunan jalan raya ini sudah semestinya seimbang dengan inisiatif pendapatan untuk Sarawak berdasarkan undang-undang dan hak Sarawak yang sedang dikembalikan kepada Sarawak di bawah MA63.


"Fokus pembangunan pedalaman Sarawak mesti dibuktikan dengan pertambahan belanjawan untuk tujuan pembangunan jalan raya di kawasan kampung dan pusat (tumpuan) baru agar ia dapat menarik pelancong pada masa akan datang," ujarnya lagi.


Menurut kenyataan itu lagi, pemerkasaan ekonomi di pedalaman Sarawak termasuk bidang pertanian, nelayan air tawar dan pelancongan mesti dilaksanakan segera agar pembangunan ekonomi dapat dirasai oleh semua rakyat Sarawak.


"Biarlah semua rakyat Sarawak menikmati buah perpaduan Malaysia Madani, demi kesejahteraan semua apabila diberi mandat oleh rakyat apabila tiba waktunya nanti," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page